Thursday, 26 March 2015

FEQAH: RUKUN IMAN

ASSLAMUALAIKUM SEMUA.. APA KHABAR YA MASING-MASING? USTAZAH NAK BAGI TUGASAN SUPAYA DOWNLOAD GAMBAR DI BAWAH INI, KEMUDIAN TAMPALKAN DI DALAM BUKU FIQAH YE. 









HAFAZAN: SURAH AL-FALAQ

ASSALAMUALAIKUM ANAK-ANAK..

MINGGU INI KITA AKAN PELAJARI MENGENAI SURAH AL- FALAQ DAN PENGERTIANNYA




1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk,
2. "Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan;
3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
5. "Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".




Monday, 23 March 2015

Bahasa Arab: Yaumul Usbu'iah

Alhamdulillah berakhira sudah percutian seminggu ini. Jadi minggu ini kita akan belajar berkaitan hari-hari dalam seminggu dalam bahasa Arab.

Yaumul Isnaini: Hari Isnin

Yaumul Tsulatsa'i: Hari Selasa

Yaumul Arbi'aa: Hari Rabu

Yaumul Khamis: Hari Khamis

Yaumul Jum'ah" Hari Jumaat

Yaumul Sabti: Hari Sabtu

Yaumul Ahad: Hari Ahad

Ustazah pohon agar anak-anak murid yang disayangi dapat menghafal hari-hari dalam bahasa arab

Tuesday, 17 March 2015

AKHLAK: ADAB MEMBERSIHKAN DIRI

Pada minggu lalu, kita telah belajar mengenai adab-adab berdoa. Minggu ini pula kita akan sambung pelajaran akhlak yang bertajuk adab membersihkan diri.

Dalam pelajaran ini, kita akan membincangkan mengenai qada hajat, mandi, bersugi dan mengetip kuku.

Qada hajat ialah membuang air kecil dan besar. Adab-adab Qada' hajat ialah

1. Terlindung daripada orang lalu lalang.

2. Tidak melakukan qada hajat di:
             - lubang tanah
             - tempat air terjun
             - air yang tenang
             -kawasan angin yang bertiup
             -bawah pokok yang berbuah
             -berkata-berkata
           
3. Istinjak menggunakan tangan kiri.

4. Basuh kaki dan tangan sebelum keluar.


Jumpa next entry! :)

Pelajaran ketiga JAWI: Huruf Vokal

Seperti yang kita ketahui sebelum ini terdapat 37 huruf hijaiyah

Huruf vokal pula terdiri daripada 3 iaitu, alif, wau, ya. Mari pelajari dengan lebih dekat lagi menerusi video dibawah 

Sunday, 15 March 2015

Selamat bercuti Anak-ANak

Ustazah berharap dan mengharap supaya anak-anak yang disayangi dapat memanfaatkan cuti sekolah yang telah diberikan. Sekolah je cuti tapi buku tidak cuti. Sila semak semua buku-buku teks kalian.
Salam sayang dari Ustazah Izzah

Tuesday, 3 March 2015

HAFAZAN: SURAH AN-NAS


Berikut adalah pengertian Surah An-Nas




 
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".



AKHLAK: PELAJARAN PERTAMA

Hari ini kita telah pelajari adab berdoa.

Adab-adab berdoa:

1- Hendaklah bersih diri, pakaian dan tempat.

2- Hendaklah bersih diri  dan menutup aurat.

3- Hendaklah khusyuk dan merendah diri serta menghadap kiblat.