Tuesday, 10 February 2015

Bahasa Arab- Peralatan Sekolah



Sila 'save' gambar di bawah dan tampalkan didalam buku tulis Bahasa Arab dan hantarkan kepada ustazah esok






دفتر  = بوكو توليس

كتاب = بوكو



حاسوب =كومفوتر


سبورة = فافن فوتيه

ممسحة = فمادم

مسطرة = فمباريس

قلم  = فين


مرسم = فينسيل

Monday, 9 February 2015

Pelajaran Hafazan - Surah Al-fatihah

Ustazah mahu semua pelajar menghafal surah al-fatihah dengan lancar bersama pengertiannya. Oleh sebab itu, ustazah lampirkan klip video memudahkan penghafalan anak-anak.


Wednesday, 28 January 2015

homework arab 1



ni kerja sekolah yang ustazah sediakan untuk anak murid okay. Download gambar ini kemudiannya, tampal dalam buku bahasa arab, yang ustazah letak huruf AIN besar2 tu, Hantar esok yaa.. Harapan ustazah ibu ayah pun dapat membantu anak-anak ya :)















Padanan Huruf Jawi- Rumi


Maaf lambat untuk update blog. Ok kali ni lepas kita belajar huruf tunggal jawi, ustazah sertakan pelajaran seterusnya iaitu padanan huruf. Saya minta ibu bapa boleh download kad dalil sebagai bantuan untuk anak-anak menguasai tulisan jawi.


Saturday, 10 January 2015

Mari Mengenal Huruf Jawi





Ok. Lusa dah nak masuk sekolah. Jadi Ustazah sediakan bahan-bahan untuk anak murid bersiap sedia untuk jadi pelajar. Nanti kita sama-sama lukis ye :)





Friday, 2 January 2015

APA YANG KITA AKAN PELAJARI?

Berikut merupakan isi kandungan bagi :

Pelajaran Jawi Tahun 1:



Pelajaran Ketiga: Huruf Vokal

Pelajaran Keempat: Pembentukan Suku Kata
                           
Pelajaran Kelima: Sukukata Tertutup

Pelajaran Feqah Tahun 1:

Pelajaran Pertama: Ibadat

Pelajaran Kedua: Taharah

Pelajaran Ketiga: Bahagian Air

Pelajaran Keempat: Wudhu'

Pelajaran Kelima: Istinja'


Pelajaran Akhlak Tahun 1:

Pelajaran Pertama: Doa

Pelajaran Kedua: Adab Mengamalkan Kebersihan Diri

Pelajaran Ketiga: Adab Menutup Aurat

Pelajaran Keempat: Adab Pergaulan


Pelajaran Bahasa Arab Tahun 1:

Pelajaran Pertama: Pengenalan Huruf dan Nombor

Pelajaran Kedua: Ucapan Perkenalan

Pelajaran Ketiga: Sekolah Saya


Pelajaran Kelima: Pengenalan Hari

Pelajaran Keenam: Masa

Pelajaran Ketujuh: Anggota Badan

Pelajaran Kelapan: Keluarga

Pelajaran Kesembilan: Haiwan Jinak dan Haiwan Liar


Pelajaran Tauhid Tahun 1:

Pelajaran Pertama: Rukun Iman

Pelajaran Kedua: Rukun Islam

Pelajaran Ketiga: Beriman Kepada Allah

Pelajaran Keempat: Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Pelajaran Kelima: Sifat Wajib Bagi Allah Taala


Pelajaran Hafazan: Tahun 1:

Pelajaran Pertama: Surah Al-Fatihah

Pelajaran Kedua: Surah An-Nas

Pelajaran Ketiga: Surah Al- Falaq

Pelajaran Keempat: Surah Al- Ikhlas

Pelajaran Kelima: Surah Al-Masad

Pelajaran Keenam: Surah An- Nasr

Pelajaran Ketujuh: Surah Al-Kafirun

Pelajaran Kelapan: Surah Al-Kauthar

Pelajaran Kesembilan: Surah Al- Ma'un

Pelajaran Kesepuluh: Surah Al- Quraisy


Ini pengenalan je tauuu,, Nanti ustazah update lagi ye :

Keep Calm and Smile :)




Wednesday, 31 December 2014

SAYONARA 2014

Pejam celik lagi beberapa jam sahaja anak-anak murid ustazah nak masuk ke tahun baru.

Murid-murid ustazah yang darjah 1 akan masuk ke darjah 2. Yang darjah 6 dah mula melangkah ke

alam sekolah menengah. Hopefully you will be and always anak soleh solehah to your parents.

Bagi murid-murid baru yang akan masuk darjah 1, ustazah ucapkan AHLAN WASAHLAN.



Jangan nangis-nangis. Ustazah semua baik, cantik dan yang paling penting TAK GARANG. ehem :)


Jaga diri!